Thursday, January 20, 2011

Resepi: My Soup

Apa kelas pakai sup bunjut??

Bahan Bahan

1/2 kilo daging (ataupun sekilo ataupun seekor..baghal...heheheh)
1 batang sadri
1 batang daun sup
1 batang daun bawang
1 bunga lawang (masih tak jumpa penjodoh bilangannya...takde jodoh bunga lawang ni gamakya)
5 kuntum bunga cengkih (hahaha... betul ke?)
1 sudu besar jintan putih (ditumbuk/ serbuk)...tak payah penuh sangat
3 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
Garam secara selamat

Cara Cara

1) Rebus daging yg dah siap di potong/ basuh sehingga mendidih.. dalam periuk tau
2) hiris bawang putih, sadri & halia dan masukkan ke dalam periuk
3) masukkan juga jintan putih, bunga lawang dan bunga cengkih
4) Biar sehingga daging lembut/ empuk baru masukkan garam secara selamat (maksudnya secukup rasa le)
5) Tutup api dan terus masukkan daun sup dan daun bawang tu tadi...kalau nak masukkan sebatang sebatang pun suke hati korang le..
6) Siap!!!

Nota:
1) Kalau nak buh kentang, keret pun boleh..masukkan lepas mendidih bersama cara cara no. 2 tu
2) kalau nak tukar daging tu jadi ayam pun ok gak... ataupun mixed kan keduanya..it's your money man..
3) Makan dengan nasi, mi atau bihun best ni...kena plak ada bawang goreng..aku suka, ko suka?....tambah plak ada cili kicap tu (yg ni aku tak tau buat...hehehe)
4) jangan buh jintan putih tu banyak sangat....nanti rasa dia pelik..
5) kalau nak buh kayu manis (nama scientific dia cinnamon) pun boleh...but i don't like la...up 2u

Resepi: Laksa Kuale My Way

Bahan bahan

1 kilo ikan sardin (masa beli tu pilih yg kecik kecik..lebih manis..jgn pegi timpang sardin tin tu pulak)
3 kuntum bunga kantan
15 helai daun ketum... ops silap...daun kesom
7 keping asam keping (atau pun nama saintifik dia asam gelugor/q)
9 tangkai cili kering
3 ibu jari belacan
garam sesedap rasa
3 biji bawang besar
1 biji timun
3 akar daun salad ataupun seikat daun salom ataupun daun gajus ataupun kesemuanya sekali ataupun tak payah langsung
3 biji cili merah


1 paket laksa

Cara cara

1) rebus ikan sardin bersama 3 keping asam keping sehingga tertanggal daripada tulang... sebelum tu buang la taik dan basuh... mmm... teringat lak cerita makcik tu jual laksa sedap dan kuahnya agak gelap...rupanya ngan taik taik skali dia rebus dan buat kuah... ni la namanya tak jujur
2) pisahkan isi ikan daripada tulang... reserve isi daripada 3 ekor ikan tersebut
3) isi ikan yg selebihnya ...bubuh dalam blender ngan air rebusan...blenderlah apa lagi?
4) blend tulang ikan tu pulak dengan air rebusan... tapis setelah diblend...boleh blend 2 kali..dan tapis le lagi
5) bubuh hasil blender ke dalam periuk untuk masak kuah laksa
6) ramas isi ikan yg direservekan tadi dan masukkan juge ke dalam periuk
7) potong cili kering dan rebus sampai mendidih... tapis dan blend sampai halus
8) potong bunga kantan... ambil tang bunga atau sehingga pangkal bunga je... belah 4
9) masukkan "cili blended", belacan, asam keping (termasuk yg direbus bersama ikan tadi)
10) Masak kuah laksa itu sehingga naik bau... buh daun ketum.. ops silap lagi...daun kesom....masukkan garam sesedap rasa..biarkan seketika...tutup api.. kuah laksa dah siap!!
11) Potong/hiris/whatever bawang besar/ cili merah/ dan sayur sayuran untuk dimakan bersama laksa nanti

Err... ada yg tertinggal ke? hahaha... laksanya mana?

OK... seelok eloknya laksa yg dibeli paket paket tu direndam 1jam seelum direbus..dan rebuslah sampai lembut.. laksa ni pun ada mcm mcm...pilih la yg betul.. ada yg cam getah.. i dont like getah!!

Nota: ada orang suka makan kuah laksa dengan bihun goreng...suka ati korang la...dan kuah laksa tu kalau pekat sangat boleh tambah air sket...tapi jangan banyak..nanti cair tak mantap

Resepi: Ikan Cencaru Bakar Tersumbat

Aku malas nak buat balik...

Follow this link...

http://resepi.mesra.net/Detailed/5327.shtml

Dan aku dah pun try tukar ikan lain...ikan susu... sedap...

Resepi: Kerabu Salom

Bahan Bahan

1/2 biji kelapa parut
1/2 ikat daun salom
7 biji cili api
sedikit garam
sedikit belacan
sedikit asam jawa

Cara cara

1) Tumbukkan cili api bersama garam, belacan dan asam jawa sehingga halus dan sebati.Inilah juga sambal belacan sebenarnya.
2) Masukkan kelapa parut ke dalam sambal itu tadi dan tumbuk sehingga rata. Ini juga boleh dipanggil sambal kelapa.
3) Potong daun salom halus halus (1/2cm)
4) Gaulkan sambal kelapa tadi dengan daun salom yg telah dipotong itu.
5) Siap!!!

Nota: Boleh jugak tukar dengan pegaga ataupun kobis. Cuma sawi je tak digalakkan.

Resepi: Kari Ikan Nyok Nyok

Ini adalah antara ikan yang paling mantap jika dimasak kari... emmm.... aku menggunakan teori kalau nak sedap ganjilkan bilangan...

Tapi ingatlah resepi yg paling sedap datang dari keikhlasan..

Bahan bahan

1 ekor ikan Nyok Nyok
1 paket kari ikan cap nelayan (yg lain pun boleh,tapi kari ni mantap)
1 biji kelapa
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (kecik)
1 bunga lawang (aku tak tau penjodoh bilangan dia apa... hihih)
5 biji bendi
Garam secukup rasa
Aji no moto tak payah!!

Cara cara

1) Hiris bawang putih dan bawang merah
2) Dapatkan santan daripada kelapa itu
3) Ikan nyok nyok tu potong kepada 3 bahagian... kalau besar buat 5 bahagian
4) kari ikan tu bancuh dengan sedikit air
5) Tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau/ garing
6) Masukkan serbuk kari yg telah dibancuh tadi beserta bunga lawang dan tumis sampai likat.
7) Masukkan santan diikuti ikan dan bendi.
8) Masukkan garam secukup rasa.
9) Tunggu sampai masak dan selalu kacau jangan bagi santan terbuku.
10) Dah siap.

Nota: sedap makan dengan nasik!!

Friday, November 5, 2010

Resepi: Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan

1/2 Ekor Ayam
2 Batang Serai
1 Sudu Kunyit (Serbuk atau hidup)
Garam secukup rasa
Santan pekat (1 biji kelapa)
1/2 biji Limau Nipis
Cili Api

Cara cara

Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam periuk.
Ketuk serai dan masukkan ke dalam periuk.
Masukkan santan. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.
Tumbuk atau blender cili api. Tumbuk lagi sedap. Berapa banyak? Itu bergantung kepada tahap ketahanan kepedasan anda. Masukkan juga ke dalam periuk.
Perah limau nipis ke dalam periuk. Begitu juga kunyit itu tadi.

Panaskan periuk dan tunggu sehingga mendidih sebelum masukkan garam.

Siap!!! OPss...padamkan api dululah ye.. :)

Thursday, November 4, 2010

Makan: Selera Rimba

Teringin makan daging hutan? Atau isteri sedang sarat dan mengidam daging hutan?

Cubalah ke Selera Rimba di Sungai Lembing, Selangor. Terletak di antara Sungai Besar dan Tanjung Malim.Lebih Kurang 25km dari Sungai Besar.

Ada berbagai jenis daging disediakan seperti landak, kijang, pelanduk, rusa dan ayam hutan. Cara masakan adalah cara jawa/ banjar.

Daging daging tersebut tidak terdapat di antara lauk pauk nasi campur yang disediakan. Anda hendaklah memesan masakan apa yang anda mahu. Contoh adalah masak lemak cili api, rendang, goreng berempah dan sebagainya.

Rusa Masak Lemak Cili Api



Rendang Pedas Landak



Ayam Hutan Goreng Berempah



Hidangan Kami Bersama Ulam




Harga: RM100

Komen:
1)Rusa adalah rusa bela. Tapi dia punya masak lemak memang mantap. Daging rusa lembut giler...
2) Rendang pedas landak superb...pedas maut.
3) Ayam hutan tak sesuai di goreng camtu...dah lah isinya agak keras..lain kali kena order masak lemak jugak...

Komen besar: Puas hati...

GPS Position: N 03 42.527' , E 101 10.452'