Thursday, November 4, 2010

Makan: Selera Rimba

Teringin makan daging hutan? Atau isteri sedang sarat dan mengidam daging hutan?

Cubalah ke Selera Rimba di Sungai Lembing, Selangor. Terletak di antara Sungai Besar dan Tanjung Malim.Lebih Kurang 25km dari Sungai Besar.

Ada berbagai jenis daging disediakan seperti landak, kijang, pelanduk, rusa dan ayam hutan. Cara masakan adalah cara jawa/ banjar.

Daging daging tersebut tidak terdapat di antara lauk pauk nasi campur yang disediakan. Anda hendaklah memesan masakan apa yang anda mahu. Contoh adalah masak lemak cili api, rendang, goreng berempah dan sebagainya.

Rusa Masak Lemak Cili Api



Rendang Pedas Landak



Ayam Hutan Goreng Berempah



Hidangan Kami Bersama Ulam




Harga: RM100

Komen:
1)Rusa adalah rusa bela. Tapi dia punya masak lemak memang mantap. Daging rusa lembut giler...
2) Rendang pedas landak superb...pedas maut.
3) Ayam hutan tak sesuai di goreng camtu...dah lah isinya agak keras..lain kali kena order masak lemak jugak...

Komen besar: Puas hati...

GPS Position: N 03 42.527' , E 101 10.452'

No comments:

Post a Comment